|
Sports
UPNM tekad kuasai MUDS 19 Jun 2008 Aida Adilah Mat BARISAN pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melaungkan amaran memberikan cabaran terbaik untuk menguasai tiga siri cabaran Malakoff Universiti Duathlon 2008 (MUDS). Perkara itu dibuktikan apabila wakil pelajar daripada UPNM berada di kelompok lima teratas dalam saingan Ironman Langkawi tahun ini dengan peningkatan daripada segi persembahan dengan catatan masa yang lebih baik. MUDS yang kali kedua diperkenalkan itu akan berlangsung di tiga universiti bermula di Universiti Kebangsaan Malaysia bermula pada 19 Julai, diikuti Universiti Malaya (26 Julai) di UPNM (2 Ogos) membabitkan cabaran larian dan berbasikal dengan jarak yang berbeza. Dengan hadiah lumayan ditawarkan, Eksekutif Perhubungan Korporat Malakoff Corporation Berhad, Endie Tofil Md Tuffile, berkata Malakoff sentiasa memperjuangkan duathlon dengan memberi sokongan terhadap perkembangan sukan itu di negara ini terutama selepas ia menjadi sebahagian daripada acara di Sukan Sea. Justeru katanya, pembabitan Malakoff dalam pencarian bakat baru MUDS adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial sejak Malakoff Powerman Malaysia di perkenalkan pada 2002. Katanya, Malaysia sudah mempunyai atlit duathlon bertaraf dunia seperti Shahrom Abdullah, Marina Mohamad, Heidilee Mohamad dan Stephanie Chok namun Malakoff tidak akan berhenti setakat ini dan usaha mencari atlit berbakat akan diteruskan. “Kita tidak boleh berpuas hati dengan atlit yang sedia ada dan kami berharap dapat menghasilkan lebih ramai atlit bertaraf dunia. MUDS akan menjadi pemangkin untuk menjana bakat dari peringkat akar umbi di kalangan pelajar. “Kami mensasarkan seramai 300 peserta mengambil bahagian pada setiap siri membabitkan tiga kategori pelajar universiti, terbuka dan berganti-ganti,” katanya. Katanya, yuran penyertaan bagi pelajar universiti adalah RM20, terbuka (RM40) dan berganti-ganti (RM60) dan sebarang maklumat lanjut bolehlah layari www.duathlonseries.com.my.^ top Add Comments Recent Comments [0] |
|
|
Site best viewed with Mozilla Firefox or Safari Copyright © The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Balai Berita 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia. |