.

Taman Tema Amverton Cove

Taman tema Amverton Cove terletak di Mukim Jugra, Pulau Carey dan telah dibuka mulai 4 Disember 2021. Jaraknya dari pekan Banting adalah sekitar 40 minit dan satu jam jika dari Pelabuhan Klang. Ia merupakan taman tema terbaru dibuka berhampiran kawasan Lembah Klang. Selain Sunway Lagoon, kini orang ramai boleh menikmati keseronokan bermain air di taman tema Amverton Cove pula. Terdapat dua jenis taman tema di sini iaitu Riverine Splash Theme Park dan juga Riverine Survival Park. Bagi yang ingin bermalam di sini, bolehlah membuat tempahan bilik di hotel Amverton Cove yang bertaraf empat bintang.

 

Riverine Survival Park

Riverine Survival Park berada di tengah – tengah pepohon beringin yang teduh serta cantik dan sesuai untuk kanak – kanak berumur 3 tahun dan ke atas. Pengunjung boleh menghirup udara segar sambil melakukan aktiviti lasak dan mencabar di sini. Kanak – kanak boleh berlarian di atas padang rumput terbuka sambil menyusuri Garden Maze yang menarik, menerokai halangan yang ada serta mengunjungi rumah pokok yang berada di sekeliling pokok sebenar. Sekurang – kurangnya 3 jam diperlukan untuk merasai keseronokkan bermain di sini dan antara permainan yang paling menarik untuk dicuba adalah flying fox.

 

Riverine Splash Water Theme Park

 

Riverine Splash Water Theme Park bertemakan suku kaum Orang Asli di Pulau Carey. Terdapat pelbagai tarikan yang menyeronokkan untuk diterokai seperti :

  • Splashers Pool
  • The Breaker Pool
  • The Wave Pool
  • Aquatots Pool
  • Slide Tower
  • Waterfall Pool – sesuai untuk seisi keluarga santai bersama
  • Cave Tunnel
  • Kiddie Beats – sesuai untuk kanak – kanak dan sangat menarik
  • Rimba River (lazy river) – sesuai untuk seisi keluarga
  • Raging Racer Slide
  • Boa Slide

 

Selain itu, pengunjung juga boleh mencuba gelongsor Anaconda / Boa dan Anaconda Tube yang dikatakan agak mencabar tetapi menyeronokkan, pastinya aderenalin anda meningkat seketika. Bagi yang gemar aktiviti santai, boleh juga menaiki bot / sampan di sepanjang Sungai Rimba sambil menikmati keindahan alam semulajadi bersama bunyi – bunyian unggas dan serangga lain. Dianggarkan sekurang – kurangnya 5 jam diperlukan untuk mencuba kesemua permainan di sini dengan puas. Riverine Splash Water Theme Park menghadkan peringkat umur dan ketinggian sekiranya ingin menaiki rides individu yang terdapat di sini.

 

Aktiviti Lain Yang Boleh Dilakukan

  • Berenang
  • Bermain gelongsor air
  • Rehat dan santai
  • Bermain golf
  • Bermain ATV
  • Flying fox
  • Rock Climbing
  • Abseiling
  • Paddle boat
  • Berkayak
  • Memanah
  • ATV Kanak – kanak
  • Animal Island
  • Obstacle course
  • Jungle trekking
  • Paintball

Kemudahan Yang Disediakan

  • Tempat letak kereta 
  • Kedai cenderamata
  • Bilik perubatan
  • Tandas
  • Tempat menukar pakaian
  • Surau
  • Loker
  • Restoran Carey’s Shack

 

Harga Tiket

Dewasa : RM 58.00 (W), RM 68 (BW), RM 38 (TR)

Kanak – Kanak : RM 38.00 (W), RM 48 (BW), RM 28 (TR)

 

W = Warganegara

BW = Bukan Warganegara

TR = Tetamu Resort

 

Alamat 

Amverton Cove Golf & Island Resort

PT No. 673, Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra, 42960 Pulau Carey, Selangor

 

Waktu Operasi Riverine Theme Park

Mulai jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang (Rabu – Isnin)

Dibuka setiap hari kecuali Selasa (kecuali cuti umum / cuti sekolah)