.

Singer Malaysia

Singer Malaysia beroperasi di Malaysia bermula tahun 1906 sebagai cawangan SINGER Sewing Machine Company (SSMC) USA dan kemudiannya telah menjadi sebuah syarikat besar di Malaysia pada 1983. Berjaya Corporation Berhad telah menyertai SINGER Malaysia pada Mac 1985 dengan pegangan saham sebanyak 48%. Pada tahun 1989 pula, Berjaya Corporation Berhad telah membuat tawaran mengambil alih SSMC Inc di Bursa Saham New York dan berjaya memperolehi 100% ekuiti dalam SINGER Malaysia Sdn Bhd. Seterus menjadi 100% anak syarikat milik Berjaya Retail Berhad.

 

Jenama SINGER adalah sangat sinonim dengan jahitan serta inovasi kreatif dalam mesin jahit dan ianya terkenal sepanjang zaman. Malah, produk-produk jahitan ini sangat sesuai untuk setiap peringkat bermula dari hiasan rumah, penghasilan pakaian, sulaman serta quilting. Mesin jahit SINGER menguasai 50 peratus pasaran tempatan dan ia menjadi penyumbang utama kepada jualan syarikat ini. Selain mesin jahit, SINGER turut memperkenalkan pelbagai barangan elektrik seperti televisyen, mesin basuh, peti sejuk, perabot, penapis air, motosikal, produk pembaikan rumah serta komputer riba. Malah, barangan elektrik dan motosikal turut menjadi penyumbang jualan selepas mesin jahit.

 

Bagi memudahkan para pelanggan memiliki produk SINGER, Skim Pembayaran Mudah turut ditawarkan kepada para pelanggan iaitu pembayaran secara ansuran bulanan antara 3 hingga 48 bulan. Rangkaian kedai serta francais yang terletak di seluruh negara membolehkan ramai pelanggan dapat memiliki produk SINGER ini tanpa sebarang kesulitan seiring dengan slogan SINGER iaitu ‘Rakan Seumur Hidup’ kepada semua rakyat Malaysia.

 

Jenis-jenis Produk Jenama SINGER

Berikut merupakan produk jenama SINGER yang terdapat di pasaran Malaysia.

 

Mesin Jahit

  • CP Machine
  • IP Machine

 

Mesin Basuh

  • Automatik sepenuhnya
  • Separa automatik

 

Peralatan Kecil

  • Oven
  • Kipas
  • Dapur gas
  • Seterika
  • Cerek elektrik
  • Multicooker
  • Periuk nasi

 

Perabot

    • Sofa
    • Kabinet tv
    • Meja kopi
  • Wardrobe
  • Sliding wardrobe
    • Set meja makan
    • Set bilik tidur
  • Katil single
  • Katil queen
  • Katil king

 

Pendingin hawa

  • Portable
  • Wall-mounted

 

Peti Sejuk

    • 1 Pintu
    • 2 Pintu
  • Side-by-side
  • Chest Freezer
  • Chiller Display

 

Peralatan Memasak

  • Free Standing Gas Cooker

 

Televisyen

  • Smart TV
  • LED TV
  • TCL Android TV

 

Kelebihan SINGER Malaysia

Mungkin kelihatan produk-produk SINGER di pasaran sama seperti produk lain. Namun, terdapat beberapa kelebihan menjadikan produk SINGER menjadi pilihan ramai. Berikut merupakan kelebihan yang ditawarkan oleh SINGER Malaysia:

  • Jenama luar negara yang diyakini sejak tahun 1906
  • Penggantian alat ganti mudah diperolehi
  • Perkhidmatan selenggara di rumah jika peralatan besar dan sukar diangkat (masih dalam warranty)
  • Pusat perkhidmatan selenggara yang besar dan di buka enam hari seminggu
  • Mudah membuat permohonan pinjaman untuk belian barangan SINGER
  • Kadar bayaran bulanan yang rendah
  • Tiada cagaran diperlukan

 

Jenis Pembiayaan Yang Ditawarkan

SINGER Malaysia menawarkan tiga jenis pembiayaan berdasarkan jenis produk. Antaranya adalah seperti berikut:

 

Pembiayaan Jualan Kredit

  • Menawarkan pembiayaan sehingga 100% untuk pelanggan yang layak
  • Ansuran bulanan mampu milik dengan kadar caj bulanan yang menarik sehingga 1.25% sebulan
  • Yuran pemprosesan sehingga RM50, caj penghantaran bermula dari RM55 hingga RM400 bergantung kepada saiz serta berat produk
  • Kadar insurans semua risiko adalah RM1 sebulan bagi setiap RM1,000 harga jualan produk
  • Nikmati tempoh ansuran yang fleksibel sehingga 60 bulan
  • Produk: Mesin jahit (pengguna dan industri), tv, peti sejuk, mesin basuh, pendingin hawa, sofa, set bilik tidur, motosikal dan banyak lagi
  • Kelulusan kredit yang mudah dan pantas dalam masa 3 hari bekerja
  • Kaedah pembayaran yang mudah iaitu pembayaran melalui aplikasi mudah alih, perbankan dalam talian atau pembayaran di cawangan SINGER berhampiran
  • Dokumen ringkas untuk permohonan
  • Data peribadi pelanggan adalah peribadi dan sulit, serta dilindungi dengan baik di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA)

 

Pembiayaan Sewa Beli

  • Tawaran untuk pembiayaan motosikal sahaja
  • Jenama – Yamaha, Honda, Modenas, Suzuki, Benelli, SYM, SM Sport dan WMoto
  • Menawarkan pembiayaan sehingga 90% untuk pelanggan yang layak
  • Ansuran bulanan mampu milik dengan kadar caj jangka bulanan yang menarik sehingga 0.83% sebulan atau 10% setahun
  • Nikmati tempoh ansuran yang fleksibel sehingga 72 bulan untuk Yamaha dan Honda sahaja
  • Kelulusan kredit yang mudah dan pantas dalam masa 3 hari bekerja
  • Kaedah pembayaran yang mudah iaitu pembayaran melalui aplikasi mudah alih, perbankan dalam talian atau pembayaran di cawangan SINGER berhampiran
  • Dokumen ringkas untuk permohonan
  • Data peribadi pelanggan adalah peribadi dan sulit, serta dilindungi dengan baik di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA)

 

Pembiayaan Kredit Komersial

    • Tawaran untuk semua jenis produk yang digunakan untuk perniagaan termasuk yang tiada dalam penyenaraian produk, tertakluk kepada kelulusan berdasarkan case-to-case
    • Menawarkan pembiayaan sehingga 100% untuk pelanggan yang layak
  • Ansuran bulanan mampu milik dengan kadar caj penggal bulanan yang menarik bermula daripada 1.5% sebulan atau kadar caj penggal lain yang ditawarkan berdasarkan case-to-case 
  • Nikmati tempoh ansuran yang fleksibel sehingga 72 bulan.
  • Kelulusan kredit yang mudah dan pantas dalam masa 3 – 5 hari bekerja
  • Kaedah pembayaran yang mudah iaitu pembayaran melalui aplikasi mudah alih, perbankan dalam talian atau pembayaran di cawangan SINGER berhampiran
  • Dokumen ringkas untuk permohonan.
  • Data peribadi pelanggan adalah peribadi dan sulit, serta dilindungi dengan baik di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA)

 

Kaedah Bayaran

Pelanggan boleh membuat bayaran menggunakan salah satu kaedah berikut:

 

  1. Perbankan internet
  • JOMPAY
  • Pindahan dalam talian 

 

  1. Mesin deposit tunai 
  2. Potongan automatic 
  3. Tunai / Bayaran ansuran
  4. Pembayaran mudah alih 

 

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian hotline di

1300-888-288 0r 018-2188288 atau e-mel ke [email protected] atau

berkunjung ke cawangan kedai SINGER yang berhampiran.