.

iShareFans

 

 

 

Cara iShareFans beoperasi

Penguna akan dibayar sebanyak RM 1 bagi setiap task yang dilaksanakan dalam laman media sosial dengan pendapatan maksima sebanyak RM 3 sehari. Harga ini adalah amat tinggi berbanding dengan harga pasaran dan kurang logik. Setiap hari, jumlah maksima task yang dibenarkan adalah sebanyak 3 task sahaja bagi akaun basic (asas) kerana akaun ini adalah percuma sahaja. Sekiranya penguna inginkan pendapatan yang lebih untuk setiap hari, penguna disarankan untuk menaiktaraf akaun sekurang-kurangnya kepada akaun silver.  Di sini , penguna akan membuat risiko dan membeli akaun dengan iShareFans selepas mendapat pulangan yang lumayan.

IShareFans telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2020 menggunakan hosting Cloudfare. Walau bagaimana pun, kadar trafik yang agak tinggi menyebabkan kelajuan laman web ini agak perlahan semasa melayarinya. 

 

Pendaftaran

iSharefans akan mula mula memberi pulangan yang tinggi dengan tasks yang simple. Seperti Ponzi, suatu hari Skim ini akan lesap dan berhenti membuat pulangan.

 

Cara Melakukan Task

  • Untuk membuat task, anda perlu follow dan like di laman media sosial task berkenaan
  • Klik butang Grab yang terletak di bahagian bawah, kemudian skrin akan memaparkan bahagian Task Hall
  • Terdapat beberapa jenis media sosial akan dipaparkan di sini
  • Kesemua task bagi media sosial tersebut akan disenaraikan
  • Pilih salah satu task dan klik pada butang Receive (maksima 3 task untuk akaun basic)
  • Setelah memilih kesemua task, klik butang balik dan kemudiannya klik pula pada butang Task
  • Kesemua task yang dipilih akan dipaparkan di ruangan ini
  • Bagi melengkapkan kesemua task tersebut, klik pada butang Task Details atau Submit Task
  • Butiran task yang dipilih akan dipaparkan di skrin, kemudian lakukan langkah berikut :
  1. Klik pada butang visit untuk melawat laman media sosial tersebut
  2. Klik like pada posting yang dipaparkan, screenshot dan save laman media sosial tersebut
  3. Klik follow akaun laman media sosial tersebut, screenshot dan save laman media sosial tersebut
  • Kembali semula ke laman iShareFans dan muatnaik kedua – dua gambar screenshot ke ruangan task
  • Klik butang Confirm Submit setelah memuatnaik kedua – dua gambar tersebut
  • Selesaikan kesemua task anda
  • Kesemua task yang telah diselesaikan akan disenaraikan di bahagian Pending
  • Setiap task akan disemak oleh staff iShareFans terlebih dahulu 
  • Setelah semakan selesai dilakukan, task akan disahkan terlebih dahulu sebelum bayaran dibuat
  • Sebanyak RM 1 akan dikreditkan ke akaun pengguna bagi setiap task yang berjaya disahkan oleh pihak iShareFans

Akan VIP

Sekiranya penguna ingin mendapatkan bayaran yang lebih banyak untuk membuat task, sebaiknya peguna upgrade akaun mengikut bajet dan kesesuaian. Berikut merupakan senarai harga untuk upgrade akaun iShareFans.  Di ini ada element Ponzi dan cara iShareFans membuat duit 

 

Jenis Akaun Kadar Keahlian

Ordinary (Basic) RM     0   (maksima 3 task sehari)

Silver RM 100   (maksima 5 task sehari)

Gold RM 300   (maksima 10 task sehari)

Platinum RM 600   (maksima 12 task sehari)

Diamond RM 1000 (maksima 15 task sehari)

2 Star Diamond RM 3000 (maksima 40 task sehari)

3 Star Diamond RM 5000 (maksima 60 task sehari)

4 Star Diamond RM 9900 (maksima 101 task sehari)

 

Kesimpulan

iShareFans adalah Skim Ponzi.  iSharefans akan mula mula membayar dengan pulangan yang tinggi.