.

Jeti Marang ke Pulau Kapas | Jadual bot Pulau Kapas

Di mana Pulau Kapas

Pulau Kapas adalah satu pulau yang tertetak di Laut China Selatan,  Marang ,Terengganu. Pulau Kapas terkenal dengan keindahan dan air yang jernih dan menghijau.  Ia adalah ,tidak terlalu jauh dari Kuala Terengganu. Pulau ini hanya 15 – 30 minit  perjalanan dengan menaiki bot dari Jeti Marang (Bukan Merang) dan bergantung kepada Resort yang dituju. Pengunjung boleh bermalam di Pulau Kapas. Selain itu,  Pakej day trip juga disediakan oleh penguasaha bot di Jeti Marang.  Anda boleh booking awal untuk pakej Pulau Kapas.

Cara  ke Pulau Kapas

Jeti Marang adalah antara satu satu-nya tempat dimana bot berlepas ke Pulau Kapas dan Pulau Gemia. Pekan Marang terletak berdekatan dengan Kuala Terengganu. Jeti Marang terletak di selatan Terengganu.  Dari Kuala Lumpur,  Ia mengambil masa lebih kurang 5 jam perjalanan kereta, ke Jeti Marang.

 

Jeti ke Pulau Kapas

Adalah diingatkan , Jeti ke Pulas Kapas adalah Jeti Marang dan bukannya Jeti Merang. Jeti Merang untuk pergi ke Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah.  Anda hanya boleh mengunakan Jeti Marang ke Pulau Kapas. Jarak antara Jeti Merang dan Jeti Marang adalah lebih 100km.

 

Jadual Bot

Bot berlepas dari Jeti Marang 

9.00 pagi

11.00 pagi

1.00 Tengah Hari  (Rehat pada hari Jumaat)

3.00 Tengah Hari

5.00 Tengah Hari

 

Berlepas dari Pulau Kapas atau Gemia

9.30pagi

11.30 pagi

1.30 Tengah Hari

3.30 Tengah Hari    (Rehat pada hari Jumaat)

5.30 Tengah Hari

 

Kadang-Kadang Bot juga akan berlepas jika mempunyai orang yang secukupnya.

 

Parkir Jeti Marang

RM9 semalam untuk sebuah kereta. Terdapat penjaga untuk kereta dan CCTV nya sekali.

 

Jarak Jeti Marang ke Pulau Kapas

Bot dari Jeti Marang biasanya mengambil masa dalam 20 ke 30 minit untuk sampai di Pulau Kapas. Jarak dari Jeti Merang ke Pulau Kapas adalah lebih kurang 6.5 KM

 

Harga Tiket Pulau Kapas

Tiket boleh dibeli terus dari Jeti Marang. Harga tiket bot adalah sama untuk semua syarikat bot. Terdapat beberapa syarikat bot yang beroperasi di Jeti Marang.

RM 40 ( Dewasa)

RM 20 (kanak Kanak)