.

Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan

Warganegara Malaysia yang berpendapatan rendah serta tidak tetap boleh memiliki rumah kediaman sendiri melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). Skim ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia memandangkan ramai yang sukar memiliki rumah kediaman sendiri terutamanya bagi golongan peniaga   kecil, petani dan sebagainya kerana sukar mendapat kemudahan pinjaman. Melalui institusi kewangan yang dilantik oleh kerajaan, lebih ramai yang berpendapatan rendah memiliki sebuah rumah kediaman yang lebih sempurna dan selesa. Konsep rumah kediaman yang ditawarkan merangkumi rumah kos rendah dan sederhana yang sedang dibina, rumah rumah telah siap atau rumah sedia ada yang dijual atau dilelong. Walau bagaimana pun, pemohon perlu memenuhi syarat dan kriteria kelayakan yang telah ditetapkan semasa membuat permohonan.

 

Syarat dan Kriteria Kelayakan

  • Merupakan warganegara Malaysia 
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Tiada pendapatan tetap seperti petani, nelayan, peniaga kecil, pemandu teksi atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300.0 juta yang pertama sahaja)
  • Pinjaman bersama adalah dibenarkan
  • Merupakan pembelian kali pertama rumah kediaman jenis kos rendah / sederhana / mampu milik 
  • Pembelian rumah kediaman baru atau sedang dalam pembinaan yang ditawarkan atau atau secara lelongan
  • Berpendapatan bulanan dengan purata kasar minima RM1,000 
  • Tinggal dan bermastautin dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan pinjaman dibuat
  • Pembayaran bulanan pinjaman mestilah tidak melebihi 65% daripada pendapatan kasar
  • Rekod tunggakan CCRIS mestilah tidak melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
  • Tiada sebarang rekod negatif lain dalam tempoh 24 bulan

Cara Membuat Permohonan

  • Kenalpasti terlebih dahulu rumah yang ingin dibeli
  • Dapatkan semua dokumen yang berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan
  • Dapatkan surat pengesahan pendapatan yang layak membuat pengesahan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih)
  • Surat pengesahan tersebut mestilah menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh perniagaan
  • Sekiranya membuat permohonan pinjaman bersama, dua surat pengesahan berasingan perlu disertakan 
  • Bagi pemohon yang mempunyai pendapatan bulanan, sertakan penyata gaji dan penyata caruman KWSP 
  • Dokumen sokongan bagi sumber pendapatan lain seperti penyata akaun simpanan, Kad Pendaftaran Nelayan, Lesen Perniagaan atau geran tanah (bagi aktiviti pertanian) atau dokumen sokongan lain
  • Permohonan perlu dibuat secara terus ke cawangan institusi kewangan berhampiran yang menawarkan skim pinjaman ini berhampiran dengan membawa semua dokumen yang dinyatakan

 

 

Senarai Institusi Kewangan

Pemohon boleh menghantar permohonan ke salah satu institusi kewangan berikut :

  1. Affin Bank, Affin Islamic
    2. Maybank, Maybank Islamic
    3. Alliance Bank, Alliance Islamic Bank
    4. Bank Muamalat
    5. Bank Rakyat
    6. Agro Bank
    7. AmBank Group, AmIslamic Bank
    8. Bank Islam BSN
    9. Hong Leong Bank
    10. Hong Leong Islamic Bank


Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

 

Maklumat lanjut berkenaan skim ini boleh diperolehi dari Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad di alamat berikut :

Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun,Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur 

https://www.sjkp.com.my/

Talian telefon : 03-2096 5000
Faks: 03-2096 5090
E-mel: [email protected]