.

Cara Order Grabfood

Rata – rata rakyat Malaysia sibuk dengan urusan pejabat, keluarga dan sebagainya sehinggakan kadang – kadang tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan. Justeru, kehadiran perkhidmatan penghantaran makanan yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia adalah satu kelebihan yang tidak harus dipersiakan. Perkhidmatan GrabFood agak baru dikenali di kalangan rakyat Malaysia. Mungkin ada yang belum mengetahui bahawa syarikat pengendali perkhidmatan e-hailing ini telah mempelbagaikan perkhidmatan mereka dan salah satunya ialah perkhidmatan GrabFood.

Dengan hanya menggunakan sebuah telefon pintar, anda boleh membuat pesanan makanan dengan mudah. Anda boleh memilih senarai restoran kegemaran serta menu kesukaan anda tanpa perlu beratur di kaunter atau keluar dari rumah. Malah, dengan hanya klik pada menu kegemaran anda, hidangan akan tersedia dalam tempoh masa yang singkat.  Bagi anda yang tidak tahu cara untuk membuat pesanan, artikel ini akan menerangkan cara ringkas dan mudah untuk membuat tempahan makanan menggunakan GrabFood.

 

Cara Membuat Tempahan GrabFood  

  1. Anda boleh membuat pesanan aplikasi GrabFood yang boleh dimuat turun ke telefon pintar anda. 
  2. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun GrabFood, anda perlu Resgister terlebih dahulu dan kemudian log masuk ke akaun GrabFood anda menggunakan samada nombor telefon, akaun Facebook atau akaun Google. 
  3. Bagi memudahkan pembayaran bagi tempahan yang dibuat,pastikan anda menggunakan Grab Pay dan baki kredit adalah mencukupi.
  4. Sekiranya baki kredit tidak mencukupi, anda boleh memasukkan kredit ke akaun Grab dengan hanya klik butang Top Up. Jumlah topup minima yang dibenarkan adalah RM 20.00 dan ia boleh dilakukan menggunakan Online Banking.  
  5. Anda boleh mula membuat tempahan makanan dengan hanya klik pada butang Food dan masukkan carian menu atau restoran pilihan anda. 
  6. Skrin akan menunjukkan senarai restoran serta makanan yang ada. Sila buat pencarian semula sekiranya pilihan menu tidak tersenarai.
  7. Di bawah ikon Food, anda perlu memasukkan alamat penghantaran dan secara automatik aplikasi akan memaparkan lokasi yang paling hampir dan tepat dengan anda. Anda perlu memastikan butang location services telah diaktifkan bagi mendapatkan pencarian lokasi yang lebih tepat. Sekiranya alamat lokasi tidak dapat dikesan oleh aplikasi, masukkan alamat anda di kotak pencarian yang disediakan. Klik butang Search dan pilih lokasi terkini anda.
  8. Kemudian, klik restoran pilihan anda. Senarai menu lengkap akan dipaparkan.
  9. Bagi membuat pesanan, klik simbol (+) pada menu pilihan. Jika ingin menambah menu lain, hanya perlu klik simbol (+) pada menu makanan tersebut. 
  10. Sekiranya anda telah selesai membuat pilihan, klik View Basket.
  11. Semak semula senarai tempahan anda serta pilih jenis pembayaran. Anda boleh memilih samada pembayaran dibuat secara tunai atau menggunakan Grab Pay. 
  12. Klik butang Place Order untuk tujuan penghantaran makanan. Setelah selesai tempahan, aplikasi ini akan memproses tempahan yang diterima dan akan menghantar tempahan ke restoran serta kepada pemandu yang akan membuat penghantaran tempahan ke lokasi anda.
  13. Aplikasi Grab Pay pula akan mula membuat pencarian pemandu GrabFood yang berada paling hampir secara automatik. Anda perlu mengaktifkan GPS telefon bimbit untuk memudahkan pencarian pemandu yang berhampiran. Pihak GrabFood akan memaklumkan pemandu yang akan menguruskan tempahan anda serta membuat penghantaran makanan tersebut.
  14. Anda hanya perlu menunggu pesanan anda tiba di lokasi yang ditetapkan.
  15. Walau bagaimana pun, terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui setelah anda membuat tempahan makanan seperti :
  1. Bagi memastikan setiap tempahan yang dibuat adalah benar, pemandu Grabfood akan menghubungi anda melalui telefon dan dapat memastikan alamat penghantaran yang diberikan adalah tepat. 
  2. Anda berhak dan boleh membatalkan pesanan, tetapi adalah sangat tidak digalakkan kerana ianya akan menyusahkan pemandu Grabfood.
  3. Atas sebab dan alasan yang munasabah, pemandu Grabfood juga boleh membatalkan pesanan jika dirasakan perlu.
  4. Tempoh masa penghantaran bergantung kepada lokasi dan jarak restoran yang dipilih. Sekiranya restoran pilihan adalah jauh, penghantaran akan mengambil masa yang agak lama.
  5. Membuat bayaran menggunakan Grab Pay adalah lebih mudah.  
  6. Berikan rating yang terbaik buat pemandu GrabFood anda. Penilaian yang positif adalah sangat diperlukan kerana ia dapat memberi kelebihan pada masa akan datang.
  7. Pergerakan terkini pemandu GrabFood boleh dipantau dengan mudah.
  8. Satu notis akan dihantar kepada pelanggan sebaik sahaja pemandu GrabFood tiba di lokasi.  

 

Kini, anda boleh menikmati hidangan dengan selesa di rumah, pejabat atau di mana sahaja mengikut kesesuaian anda. Dengan harga yang sangat berpatutan, anda tidak perlu lagi berhadapan dengan kesesakan jalan raya dan terpaksa menunggu lama. Masa anda juga dapat dijimatkan serta berbaloi dengan harga yang perlu anda bayar.