Cara Daftar i-Akaun KWSP
June 18, 2024
Kumpulan Wang Simpanan (KWSP) telah memperkenalkan sistem aplikasi online iaitu i-Akaun untuk kegunaan ahli dan juga pihak majikan. Setiap ahli KWSP adalah disarankan memiliki serta menggunakan i-Akaun ini kerana ianya lebih memudahkan serta menjimatkan masa tanpa perlu hadir ke cawangan pejabat KWSP berhampiran untuk membuat sebarang urusan. Dengan adanya i-Akaun ini, ahli atau majikan boleh mengakses akaun menggunakan telefon bimbit lengkap dengan capaian internet di mana sahaja tanpa mengira masa dan tempat. Bagi yang belum mendaftar i-Akaun, artikel ini akan menerangkan bagaimana untuk mendaftar i-Akaun dengan begitu mudah.
Syarat pendaftaran
Individu yang ingin membuat pendaftaran i-Akaun perlu memenuhi syarat pendaftaran seperti berikut :
- Merupakan warganegara Malaysia
- Berumur di bawah 55 tahun
- Merupakan seorang pencarum KWSP
- Mempunyai nombor ahli KWSP yang sah
- Mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif untuk menerima kod TAC
- Majikan juga perlu mempunyai nombor KWSP yang sah
Kemaskini Nombor Telefon Sebelum Daftar i-Akaun
- Setiap ahli KWSP perlu mengemaskini nombor telefon bimbit terkini, masih aktif dan boleh dihubungi oleh pihak KWSP
- Nombor telefon bimbit tersebut juga akan digunakan bagi menerima kata laluan sementara serta kod TAC
- Nombor telefon yang didaftarkan mestilah sama dengan nama ahli KWSP
- Kod TAC bagi ahli yang terlupa ID Pengguna dan Kata Laluan akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan dengan sah
Cara Daftar dan Kemaskini Nombor Telefon
- Kunjungi cawangan kaunter KWSP yang berhampiran; atau
- Kunjungi cawangan kiosk KWSP; atau
- Hubungi talian 03-89226000 (Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP)
- Waktu panggilan aktif adalah dari hari Isnin hingga Jumaat mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang
- Nombor telefon bimbit mestilah tidak lagi aktif dan dikemaskini dengan nombor terbaru
Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui Emel
- Layari portal rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my
- Klik butang Daftar Sekarang Melalui Emel
- Borang permohonan akan dimuat turun secara automatik
- Anda juga boleh muat turun borang di Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli)_FINAL (kwsp.gov.my)
- Rujuk panduan sebelum mengisi borang bagi memudahkan anda melengkapkan borang permohonan
- Lengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) Melalui E-Mel dan ianya perlu diisi menggunakan tulisan bertaip
- Setelah selesai mengisi borang permohonan dengan lengkap, sila imbas dan sertakan dokumen sokongan seperti berikut:
-
- Salinan kad pengenalan muka hadapan dan belakang
- Gambar selfie pemohon bersama kad pengenalan
- Bukti pemilik nombor telefon sebagai pengesahan seperti bil bulanan telefon, resit deposit dan sebagainya
- Sekiranya menggunakan akaun prepaid, sertakan gambar penyata nombor telefon yang tertera nama ahli
- Atau sertakan screenshot gambar login akaun menggunakan aplikasi samada Digi, Maxis, U Mobile dan Celcom
- Sertakan salinan penyata akaun bank yang terkini
- Hantar borang pendaftaran i-Akaun melalui emel kepada [email protected]
- Ahli akan menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS sekiranya pendaftaran berjaya dilakukan
- ID Pengguna dan Kata Laluan ini akan digunakan untuk mengaktifkan i-Akaun ahli dan Kata Laluan ini perlu ditukarkan semula kepada kata laluan yang baharu
Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui Kaunter
- Kunjungi pejabat / kaunter KWSP yang berhampiran
- Dapatkan nombor giliran dan tunggu sehingga nombor dipanggil
- Sebaik sahaja nombor dipanggil, anda boleh membuat pendaftaran i-Akaun di kaunter
- Selepas pendaftaran, kata laluan sementara akan dihantar melalui SMS
- Proses pendaftaran seterusnya perlu melalui laman web rasmi KWSP seperti panduan di bawah
Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online
- Sebaik sahaja menerima kata laluan sementara melalui SMS, anda boleh menggunakan komputer yang disediakan di pejabat KWSP secara percuma untuk membuat pendaftaran i-Akaun
- Anda juga boleh menggunakan komputer peribadi di rumah yang dipasangkan dengan rangkaian internet
- Layari portal rasmi rasmi i-Akaun KWSP di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Masukkan No Ahli pada ruangan ID Pengguna dan klik butang Teruskan
- Masukkan Kata Laluan yang diterima melalui SMS dan klik butang Log Masuk
- Tanda pada kotak checkbox setelah membaca Terma & Syarat yang terpapar dan klik butang Seterusnya
- Cipta ID Pengguna di ruangan ID Pengguna menggunakan gabungan alphanumerik 8-16 digit
- ID Pengguna hanya boleh diubah sekali sahaja semasa proses pengaktifan dilakukan
- Cipta kata laluan semula yang baharu dengan gabungan alphanumeric 8 – 20 digit dan masukkan semula kata laluan tersebut untuk pengesahan
- Pilih Imej Online dan masukkan frasa rahsia dengan maksimum 10 aksara
- Klik butang Seterusnya dan skrin akan memaparkan status pengaktifan akaun
- Log masuk ke i-Akaun menggunakan ID Pengguna serta kata laluan yang telah berjaya didaftarkan
Kegunaan i-Akaun
- Memudahkan membuat pengeluaran wang melalui e-Pengeluaran
- Membuat pengeluaran i-Lestari (Akaun 2 KWSP)
- Menyemak status permohonan pengeluaran serta sejarah pengeluaran
- Menyemak penyata terkini akaun KWSP dan tahun sebelumnya
- Mengira anggaran jumlah yang layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
- Memudahkan mengemaskini profil termasuk alamat surat menyurat
- Menyemak log aktiviti i-Akaun
- Menyemak aktiviti transaksi KWSP terkini