.

Cara Buka Akaun CDS Online

Mungkin ramai antara kita yang ingin menceburi pelaburan saham, namun tidak pasti dan tidak tahu bagaimana untuk menceburinya. Langkah pertama untuk memulakan pelaburan saham adalah dengan membuka akaun Central Depository Service (CDS) dan trading (perdagangan @ jual beli) terlebih dahulu. Pelaburan saham tidak boleh dilakukan sekiranya anda tidak memiliki akaun CDS dan juga trading.

Akaun CDS merupakan tempat bagi menyimpan saham yang dibeli dan ianya dibuka dengan Bursa Malaysia. Ia boleh dibuka oleh individu yang berumur 18 tahun dan ke atas serta syarikat, badan berkanun, pemegang amanah dan juga persatuan. Terdapat dua jenis akaun CDS iaitu akaun CDS direct dan akaun CDS nominee.

Anda boleh membuka akaun CDS melalui syarikat broker yang sah di mana remisier akan dilantik untuk berurusan dengan pelaburan. Anda boleh menyemak terlebih dahulu senarai syarikat broker yang sah di laman web Bursa Malaysia di http://www.bursamalaysia.com/market/securities/equities/brokers/list-of-participating-organisations. Terdapat juga syarikat broker yang menawarkan akaun CDS patuh syariah dan anda boleh menyemaknya di http://www.bursamalaysia.com/market/islamic-markets/products/bursa-malaysia-i. Di Malaysia terdapat sebanyak 11 buah syarikat yang patih syariah sama ada window basis atau full-fledged.

 

Cara Membuka Akaun CDS

    1. Pendaftaran boleh dibuat menggunakan borang yang boleh dimuat turun dari laman web rasmi Bursa Malaysia iaitu di: https://www.bursamalaysia.com/trade/our_products_services/central_depository_system/cds_forms 
    2. Anda boleh mengisi borang pendaftaran tersebut secara dalam talian menggunakan telefon pintar atau komputer peribadi
  • Lengkapkan maklumat di ruangan berwarna biru sahaja menggunakan HURUF BESAR  
  1. Masukkan nombor passport atau nombor kad pengenalan lama di ruangan OLD NRIC / PASSPORT / AUTHORITY CARD / REG NO:, sekiranya ada
  2. Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) di ruangan NEW NRIC NO.
  3. Masukkan nama penuh sama seperti di kad pengenalan/MyKad/passport, kad kuasa atau dokumen pendaftaran di ruangan NAME OF APPLICANT (AS PER NRIC/PASSPORT/ AUTHORITY CARD/ REGISTRATION DOCUMENT)
  4. Masukkan alamat penuh sama seperti di kad pengenalan/MyKad/passport/kad kuasa/dokuemn pendaftaran di ruangan REGISTERED ADDRESS OF APPLICANT (AS PER NRIC / PASSPORT / AUTHORITY CARD / REGISTRATION DOCUMENT)(SEE NOTE 5):, Sekiranya pemohon merupakan seorang tentera atau polis, masukkan alamat penuh markas penempatan.
  5. Masukkan poskod alamat di ruangan POST CODE, masukkan nama bandar di ruangan TOWN, masukkan nama negeri di ruangan STATE dan masukkan nama negara di ruangan COUNTRY.
  6. Masukkan nombor telefon yang masih aktif di ruangan TELEPHONE NO.
  7. Pada ruangan CROSS (X) WHERE APPLICABLE (SEE NOTE 13), tandakan pada  MALAYSIAN sekiranya pemohon merupakan warganegara Malaysia, atau FOREIGNER bagi warganegara asing. 
  8. Masukkan status kewarganegaraan di ruangan NATIONALITY / PLACE OF INCORPORATION:
  9. Masukkan nama bangsa di ruangan RACE / OWNERSHIP 
  10. Setelah selesai melengkapkan borang, cetak borang tersebut 
  11. Kemudian, lengkapkan secara bertulis di ruangan yang selebihnya
  12. Abaikan ruangan FOR OFFICE USE ONLY dan ruangan di sebelah kanan borang, iaitu To be completed by ADA / ADM / Bursa Depository (where applicable).
  13. Turunkan tandatangan pada ketiga-tiga borang tersebut di ruangan SIGNATURE OF APPLICANT / AUTHORISED SIGNATORY(ES).
  14. Masukkan tarikh mengisi borang permohonan ini pada ruangan DATE.
  15. Sertakan dua salinan kad pengenalan MyKad/Pasport/Kad Kuasa Polis atau ATM untuk melengkapkan proses. Sekiranya pemohon mempunyai dokumen Kuasa Wakil (Power Of Attorney), sertakan sebanyak dua salinan jika ada. 
  16. Hantar borang permohonan bersama dokumen sokongan ke syarikat broker saham pilihan anda bagi membuka akaun CDS.

 

Setiap individu boleh memiliki lebih daripada satu akaun CDS, sama ada akaun CDS daripada CIMB, Maybank, Mplus, Hong Leong dan sebagainya. Tiada sebarang caj tambahan dikenakan melainkan caj RM 10 untuk setiap akaun yang dibuka dan ianya dibayar hanya sekali. Selain dari itu, pemohon tidak perlu mendeposit sebarang bayaran selagi akaun belum siap dibuka. Tempoh proses pengesahan akaun CDS mengambil masa tidak melebihi 7 hari. Sebaik sahaja akaun telah siap dibuka, anda sudah boleh membuat urusniaga jual beli saham di bursa Malaysia. Malah, anda boleh membuat urusniaga tersebut secara online sahaja tanpa perlu memaklumkan kepada remisier anda terlebih dahulu dan mendapat keuntungan daripada kenaikan harga saham dan hasil jualan saham tersebut.

 

Rakuten Trade (Pembukaan Akaun CDS, Broker Online Penuh , Akaun siap dalam 2 jam)

 Bagi yang berminat boleh terus membuka akaun dengan Rakuten, semua disiapkan dalam 2 jam sahaja

  • CDS , Broker semua dibuka dalam 2 jam pada hari bekerja , tidak perlu ke lain lain pejabat
  • Pembukaan secara online, tidak perlu ke mana mana
  • Cuma hantar Kad pengenalan dan Dokumen Sokongan
  • Trading boleh dibuat dengan aplikasi ataupun laman web Rakuten