.

Semakan Status Temu Janji Pemberian Vaksin COVID-19

Program pemberian vaksin Covid-19 telah pun bermula pada 24 Februari 2021 yang lalu dan ianya akan diberikan secara 3 Fasa. Pada fasa 1 (Februari – April 2021), vaksin ini akan diberikan kepada para petugas barisan hadapan, Fasa 2 (April – Ogos 2021) pula dikhususkan buat warga emas yang berumur 60 tahun dan keatas serta golongan yang berisiko tinggi. Fasa terakhir iaitu Fasa 3 (Mei 2021 – Februari 2022) pula dikhususkan buat seluruh rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

 

Seluruh rakyat Malaysia disarankan membuat pendaftaran bagi menerima vaksin Covid-19 ini. Bagi yang telah mendaftar, anda boleh membuat semakan temu janji secara dalam talian sahaja. Walau bagaimana pun, mungkin terdapat segelintir individu yang tidak tahu bagaimana caranya untuk menyemak status temu janji pemberian vaksin Covid-19 setelah membuat pendaftaran. Artikel ini akan menerangkan cara mudah untuk membuat semakan temu janji pemberian vaksin Covid-19.

 

Cara Membuat Semakan

Berikut merupakan langkah mudah untuk membuat semakan temu janji pemberian vaksin Covid-19 iaitu :

  1. Layari laman web rasmi https://www.vaksincovid.gov.my/semak-status/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan
  3. Klik kotak reCAPTCHA dengan nota I’m not a robot untuk tujuan pengesahan
  4. Kemudian. tekan butang ‘Log Masuk’
  5. Butiran temu janji pemberian vaksin Covid-19 akan dipaparkan sekiranya telah tersedia (maklumat status temu janji, tarikh, masa dan lokasi akan dipaparkan)
  6. Anda juga akan dimaklumkan melalui notifikasi di MySejahtera atau SMS sekiranya tarikh temu janji vaksinasi telah ditetapkan

 

Pengesahan Temu Janji

Sebaik sahaja anda telah mendapat tarikh temu janji, pastikan anda membuat pengesahan dalam tempoh 48 jam. Satu notifikasi temu janji akan dihantar melalui SMS dan anda perlu membuat pengesahan dengan membalas ‘Ya’ atau ‘Tidak’ terhadap SMS tersebut.

Maklumat Lanjut

Anda boleh menghubungi secretariat vaksin Covid-19 di talian 1 800-888-828 sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan temu janji vaksin Covid-19.

Kesimpulan

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang diadakan ini akan berlangsung sehingga Februari 2022 dengan sasaran penerima seramai 25.6 juta menjelang awal tahun 2022. Dengan adanya program pemberian vaksin ini, penyebaran wabak akan dapat dikawal seterusnya dapat mengekang penularan di kalangan rakyat Malaysia. Individu yang masih belum mendaftar boleh membuat pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera, laman web rasmi https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/ atau melalui talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan di nombor 1 800-888-828.