.

SEMAK KWSP GUNA NOMBOR KAD PENGENALAN

Rakyat Malaysia yang bekerja di pelbagai sektor pastinya memiliki akaun caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Wang caruman KWSP merupakan simpanan di masa hadapan menjelang fasa persaraan. Walau bagaimana pun, akibat pandemik Covid-19 yang telah melanda negara sejak tahun 2020, pihak kerajaan telah bersetuju membenarkan pencarum KWSP membuat pengeluaran wang simpanan masing – masing berdasarkan kriteria dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Antara skim pengeluaran yang dibenarkan melalui KWSP adalah i-Sinar dan i-Lestari. Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sekiranya memenuhi syarat. Walau bagaimana pun, terdapat sebilangan kecil pencarum yang tidak mengingati nombor ahli KWSP. Namun, ianya bukanlah suatu isu yang besar kerana pencarum boleh membuat semakan akaun KWSP hanya menggunakan nombor kad pengenalan. 

 

Cara Membuat Semakan Akaun KWSP Menggunakan Kad Pengenalan

Terdapat beberapa kaedah untuk menyemak akaun KWSP menggunakan kad pengenalan iaitu seperti berikut :

  • Semakan melalui EPF CMC
  • Semakan di kaunter EPF
  • Semakan melalui i-Akaun KWSP

 

Semakan Melalui EPF CMC

  • Hubungi talian 03-8922 600 iaitu Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP (EPF CMC)
  • Maklumkan masalah anda iaitu “terlupa nombor ahli KWSP”
  • Nyatakan nama dan nombor kad pengenalan anda
  • Jawab beberapa soalan untuk proses verifikasi 
  • Pusat Pengurusan Pelanggan akan menyatakan nombor ahli KWSP anda sekiranya anda berjaya menjawab soalan untuk proses verifikasi

 

Semakan Di Kaunter KWSP

  • Anda boleh ke kiosk KWSP yang berhampiran untuk membuat semakan
  • Masukkan nombor kad pengenalan ke kiosk KWSP dan nombor telefon bimbit terkini
  • Sahkan cap jari anda dan tunggu sehingga 10 saat
  • Kiosk KWSP akan mencetak sekeping kertas yang tertera nombor ID anda dan kata laluan akan dihantar melalui SMS 

 

Semakan Melalui i-Akaun KWSP 

  • Hadir ke cawangan pejabat KWSP yang berhampiran untuk mendaftar i-Akaun KWSP
  • Anda akan diberikan ID dan kata laluan sementara bagi tujuan pengaktifan akaun dan akan dihantar melalui SMS selepas berjaya mendaftar
  • Pengaktifan akaun perlu dibuat dalam tempoh 30 hari setelah mendaftar
  • Layari laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  • Log masuk akaun menggunakan ID dan kata laluan yang yang diberikan
  • Setelah berjaya log masuk akaun, anda perlu menukar semula ID pengguna, kata laluan, imej online serta frasa keselamatan yang baru
  • Anda sudah boleh menyemak nombor ahli KWSP di dalam akaun i-KWSP, malah boleh menyemak baki akaun serta membuat urusan pengeluaran

 

Maklumat Lanjut  

Anda boleh menghubungi pihak KWSP bagi mendapatkan maklumat lanjut di talian 03-8922 660 atau layari laman web rasmi KWSP.

 

Kini sangat mudah untuk membuat semakan akaun KWSP hanya menggunakan kad pengenalan serta kemudahan online yang diperkenalkan. Selain menjimatkan masa, ia juga menjimatkan kos dan pelanggan tidak lagi perlu datang ke pejabat KWSP sekiranya kehilangan nombor ahli lagi. Pelanggan boleh menyemaknya secara dalam talian, dengan syarat telah mengaktifkan i-Akaun KWSP terlebih dahulu.