.

SAMSUNG M REVIEW

 

Bagi anda yang sedang menunggu kehadiran model telefon Samsung terbaru dengan tawaran harga yang lebih menarik, Samsung Galaxy M adalah jawapannya. Ia telah dilancarkan secara ekslusif di Amazon India. Model Galaxy M ini telah mendapat kelulusan SIRIM dan akan mempunyai dua slot simkad. Telefon pintar ini hadir dengan tag harga yang agak rendah dan sangat berpatutan. Ia memiliki ciri – ciri seperti bateri 5000mAH, skrin Infinity-V dengan saiz yang lebih besar. Walaubagaimanapun, telefon ini tidak menyokong WiFi 802.11ac 5GHz. Terdapat sebanyak 3 model bagi Samsung Galaxy M ini iaitu Galaxy M10, M20 dan M30. Ia merupakan model yang menggantikan model Galaxy J. Salah satu sebab utama mengapa Galaxy J dan model Samsung yang lain sangat bagus di pasaran India kerana ketersediaan produk di pasaran dan boleh didapati dengan mudah di kawasan berdekatan. Samsung memiliki ekosistem pemasaran yang terbaik di India, sebab itulah ramai pelanggan memiliki produk dari Samsung.

 

Dari segi spesifikasi, Galaxy M10 didatangkan dengan LCD bersaiz 5.6” yang menggunakan pemprosesan Exynos 7870, iaitu pemprosesan yang digunakan untuk model Galaxy J7 Pro. RAM model ini bersaiz 3GB dengan ruang storan 32GB serta bateri 3,000mAh. Kamera utamanya pula berskala 13MP dengan kamera hadapan berskala 5MP. Bagi model Galaxy M20 pula, ia memiliki saiz skrin yang lebih besar iaitu LCD 6.1”. Ia menggunakan pemprosesan Exynos 7904 yang sama seperti yang digunakan oleh model Galaxy A8. Galaxy M20 ini memiliki fungsi dual-camera iaitu 12MP+5MP, kamera selfie 8MP dan ketahanan bateri 5,000mAh yang lebih besar dan tahan lama, malah ia menyokong pengecasan pantas 15W menggunakan USB-C. Ia juga mempunyai ruang storan yang lebih besar iaitu 64GB dengan RAM 4GB. Model ini juga dilengkapi paparan HFD + 6.4 inci dengan kehadiran skrin Infinity-V. Ia turut memiliki pengimbas cap jari belakang.

 

Samsung Galaxy M30 seperti juga Galaxy M20, ia mempunyai peningkatan dalam tiga bidang iaitu jenis paparan, konfigurasi RAM dan penyimpanan, serta kehadiran sensor sebagai kamera belakang. Galaxy M30 mempunyai paparan Super AMOLED 6.38-inci Full HD + (2340 × 1080) dengan skrin paparan Infinity-U. Telefon ini juga mempunyai pensijilan Widevine L1, yang merupakan prasyarat untuk streaming video HD dalam aplikasi video-atas-permintaan yang popular. Samsung Galaxy M30 datang dalam dua versi iaitu 4GB RAM dengan penyimpanan 64GB, dan 6GB RAM dengan penyimpanan 128GB. Telefon pintar ini menggunakan pemprosesan Exynos 7904, yang sama dengan Galaxy M20. Exynos 7904 adalah 14nm SoC yang bersaing dengan Qualcomm Snapdragon 636 dari segi prestasi CPU. Kamera belakang diletakkan secara menegak di sebelah kiri atas, dan sensor cap jari diletakkan di pusat di belakang telefon.

 

India kekal sebagai pasaran telefon pintar kedua terbesar di dunia, dengan lebih daripada 1 bilion pelanggan tanpa wayar. Namun, 350 juta orang di India masih belum memiliki telefon pintar. Xiaomi telah memanfaatkan ekonomi negara membangun dengan mengeluarkan model telefon pintar yang berbaloi dengan harga. Data dari firma penyelidikan Counterpart menunjukkan bahawa Samsung, pembuatan telefon pintar terbesar di dunia, mempunyai bahagian pasaran yang lebih rendah di India daripada Xiaomi untuk dua tiga suku pertama tahun lepas. Samsung berharap dengan kehadiran model Galaxy M akan dapat mengembalikan dominasi Samsung di India dengan harga jualan antara RM 578 hingga RM 1,157. Rata – rata harga pasaran tersebut di Malaysia merupakan harga yang didominasi oleh Redmi, ASUS dan Realme.