.

Cara Setting APN Celcom 4G

Pada hari ini, telefon pintar dan internet begitu sinonim dengan kehidupan harian individu, malah ia antara keperluan penting setiap hari. Pengguna telefon pintar mungkin merasa agak resah sekiranya tidak mendapat liputan internet secara tiba – tiba. Masalah ini timbul mungkin kerana tetapan APN yang salah atau tidak ditetapkan secara automatik sekiranya pengguna menukar kad sim telco yang lain. Kesilapan memasukkan maklumat APN akan menyebabkan mobile data anda tidak dapat dikesan oleh telco.

Apakah itu APN ?

Access Point Names atau APN adalah penting kerana menjadi penghubung antara server dan peranti (telefon pintar) untuk membuat capaian internet. APN boleh berubah secara automatik sebaik sahaja anda menukar kad sim, namun tidak semua telefon pintar memiliki ciri yang sama. Sekiranya APN tidak bertukar secara automatik, pengguna perlu memasukkan sendiri maklumat APN bagi membolehkan penggunaan internet di telefon pintar tersebut.

Sekiranya pengguna perlu membuat tetapan APN secara manual, setkan APN di telefon pintar anda seperti berikut:

Cara Setting APN Celcom 4G

  • Buka telefon pintar anda dan pergi ke menu settings
  • Pilih connections dan pilih mobile networks
  • Di bahagian network mode, anda perlu pilih samada LTE/4G/3G/2G  
  • Klik pada Access Point Names dan klik Add
  • Edit Access Point Names menggunakan maklumat di bawah
  • Klik Save dan selesai

Name: Celcom 4G
APN: celcom4g

Proxy : Not Set

Port : Not Set

Username : Not Set

Password : Not Set

Server : Not Set
MMSC: http://mms.celcom.net.my

MMS Proxy : 10.128.1.242
MMS port: 80

MCC : 502

MNC : 19

Authentication Type : Not Set

APN type : default, sup, mms

APN protocol : Ipv4

Enable / disable APN : APN Enabled

Bearer : Unspecified

MVNO : None

MVNO Value : Not Set

 

Anda boleh mencuba kualiti internet telco anda setelah membuat tetapan APN Celcom di telefon pintar anda. Kebiasaannya, kelajuan internet juga bergantung kepada liputan rangkaian yang tersedia di kawasan sekitar. Dengan membuat tetapan APN di telefon pintar anda, aktiviti di atas talian akan menjadi lebih lancar dan laju.