.

Cara Mencari Telefon Android Yang Hilang

Sekiranya telefon android anda hilang, pastinya merunsingkan kerana terdapat banyak maklumat yang disimpan di dalam telefon tersebut. Maklumat penting terutamanya kata laluan untuk akaun bank dan sebagainya pasti akan disalah guna oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Jika anda kehilangan telefon, langkah awal yang diambil membolehkan anda mendapatkan semula telefon tersebut. 

Syarat Sebelum Membuat Pencarian Telefon Android Yang Hilang

  • Pastikan anda mempunyai akaun Gmail dan kata laluan yang pernah digunakan di telefon android tersebut
  • Telefon android tersebut mestilah mempunyai rangkaian internet

Cara Mencari Telefon Android Yang Hilang

    • Layari laman web Google
  • Pada ruangan enjin carian Google, taipkan kekunci Find My Android
    • Klik hasil carian yang dipaparkan dengan tajuk Find My Device – Google iaitu di google.com
    • Anda perlu log masuk ke akaun emel Gmail sama seperti akaun Gmail yang pernah digunakan untuk log masuk menggunakan telefon android anda
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan berjaya menjejaki lokasi telefon android (telefon android tersebut mestilah masih mempunyai rangkaian internet)
    • Anda boleh zoom in lokasi telefon tersebut di dalam peta yang dipaparkan
  • Anda juga boleh menggunakan fungsi lain yang terdapat di laman web tersebut untuk pencarian telefon yang hilang antaranya Play Sound, Secure Device dan Erase Device
  1. Play Sound – Sekiranya anda merasakan telefon anda hilang di lokasi yang diketahui seperti di dalam rumah, anda boleh klik pada ikon Play Sound. Telefon tersebut akan berbunyi atau ring selama 5 minit biarpun dalam mode silent. Malah, nada dering akan berbunyi dengan full volume dalam tempoh tersebut.
  2. Secure Device – Anda boleh lock telefon tersebut dan log keluar kesemua akaun Google. Walau bagaimana pun, anda masih boleh membaca mesej yang pada skrin biarpun telah dilock dan lokasi telefon tersebut masih boleh dikenalpasti
  3. Erase Device – Sekiranya anda masih gagal mendapatkan lokasi sebenar telefon tersebut, anda boleh memilih ikon Erase Device untuk memadam semua data yang terdapat dalam telefon tersebut termasuklah gambar, muzik, fail, kata laluan dan sebagainya. Walau bagaimana pun, anda tidak boleh mengenal pasti lokasi telefon setelah memilih untuk Erase Device

Telefon anda mungkin boleh dijejaki sekiranya anda bertindak pantas mengesan lokasi telefon tersebut menggunakan kaedah ini.