Cara Menggunakan Moomoo Trade
Moomoo merupakan platform berlesen dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan diurus tadbir oleh Futu Malaysia Sdn Bhd. Para pelabur boleh melakukan pelaburan saham di pasaran Malaysia serta antarabangsa seperti Amerika Syarikat dan Hong Kong di syarikat – syarikat terkemuka dunia antaranya Amazon, Apple, Google dan sebagainya. Melalui aplikasi ini juga, pelabur boleh menggandakan pulangan tanpa komisen. Malah, Moomoo juga menyediakan saham patuh Syariah sesuai untuk pelabur beragama Islam.
Pendaftaran Akaun
Pelabur boleh membuat pendaftaran akaun semudah ABC tanpa perlu mengambil masa yang lama. Langkah yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Muat turun aplikasi Moomoo melalui Google Play Store atau Apple Store
- Daftar ID pengguna menggunakan alamat emel atau nombor telefon bimbit dan tetapkan kata laluan yang unik
- Buka akaun pelaburan dengan klik pada butang Open Account dan buat pengesahan eKYC (Know Your Customer)
- Sediakan dokumen pengenalan diri iaitu myKad pengguna (Gambar hadapan dan belakang myKad)
- Sekiranya pengguna bukan warganegara Malaysia, lampirkan dokumen sokongan seperti salinan pasport serta bukti alamat tempat tinggal seperti bil utiliti dan sebagainya
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti maklumat peribadi, status kewangan, maklumat pekerjaan serta jawab beberapa soalan berkenaan pengalaman pelaburan
- Lakukan pengesahan wajah dengan mengambil swafoto (selfie) sebagai pengesahan identiti
- Akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) pengguna akan didaftarkan secara automatik semasa proses pendaftaran akaun Moomoo
- Tunggu pengesahan dan kelulusan permohonan akaun mengambil masa 1 hingga 3 hari bekerja dan pengguna akan dimaklumkan melalui emel serta notifikasi aplikasi
Deposit Dana
Sebelum memulakan pelaburan, pengguna perlu memasukkan modal ke akaun Moomoo setelah akaun berjaya didaftarkan seperti berikut:
- Buka aplikasi dan klik butang Accounts
- Kemudian, klik butang Deposit atau Deposit Funds
- Pilih kaedah pindahan wang yang bersesuaian dan kaedah yang paling mudah adalah menggunakan FPX Express Deposit. Pindahan menggunakan DuitNow juga boleh digunakan, malah pindahan biasa juga antara pilihan pengguna
- Depositkan wang dalam Ringgit Malaysia (MYR) ke dalam akaun Amanah Moomoo mengikut keperluan pengguna
- Sahkan pindahan wang tersebut dengan memuat naik bukti pindahan wang seperti resit transaksi dan dana akan masuk ke akaun Moomoo hanya dalam beberapa minit
- Semak baki dana dan dana tersebut akan dapat dilihat dalam Buying Power sebaik sahaja diproses
- Tiada sebarang caj dikenakan oleh pihak Moomoo
Pembelian Saham
Pembelian saham agak mudah namun tetap bergantung kepada pasaran Bursa Malaysia mahupun pasaran luar (Amerika Syarikat).
- Pembelian Saham Malaysia (MY)
-
- Sila ke ikon/tab Markets (Pasaran) dan klik MY atau buat carian saham di bahagian atas
- Masukkan kod atau nama saham (Contoh, Maybank, TNB dan sebagainya)
- Klik pada saham yang ingin dibeli untuk lihat maklumat lanjut
- Tekan butang Trade di bahagian bawah dan pilih Buy
- Masukkan pesanan anda
- Pilih limit order jika ingin menetapkan harga yang anda sanggup bayar
- Pilih market order sekiranya ingin membeli saham pada harga pasaran semasa
- Masukkan jumlah lot yang ingin dibeli (1 lot = 100 unit saham)
- Semak setiap butiran pesanan, masukkan kata laluan untuk pengesahan pembelian
- Pembelian Saham Luar Negara (AS)
- Tukar kadar matawang MYR kepada USD terlebih dahulu
- Klik butang Accounts, Transfers dan pilih Currency Exchange
- Pilih tukar kadar matawang dari MYR ke USD
- Masukkan jumlah yang ingin ditukar dan buat pengesahan. Penukaran ini akan berlaku serta-merta
- Klik butang Markets dan cari kod US atau masukkan kod saham sekiranya tahu
- Klik butang Trade dan Buy (proses pembelian saham AS adalah sama seperti membeli saham Bursa)
- Masukkan pesanan anda
- Pilih limit order atau market
- Saham AS boleh dibeli secara unit individu dan bukan lot (Moomoo menyokong saham pecahan)
- Semak setiap butiran pesanan, masukkan kata laluan untuk pengesahan pembelian
Cara Menjual Saham
- Klik butang Account dan di bawah tab My Positions anda akan dapat melihat senarai saham yang dimiliki
- Klik saham yang ingin dijual dan tekan butang Sell
- Kaedah menjual balik saham sama seperti membeli saham di mana pelabur boleh menetapkan Limit Order (iaitu tetapkan harga minimum penjualan) atau pilih Market Order sekiranya ingin menjual balik pada harga semasa pasaran
- Masukkan bilangan lot yang ingin dijual dan sahkan penjualan dengam memasukkan kata laluan anda
Cara Membuat Pengeluaran Wang
- Pelabur perlu membuat penukaran mata wang terlebih dahulu sekiranya menjual saham AS melalui Currency Exchange sebelum boleh membuat pengeluaran ke akaun bank tempatan
- Di bahagian Accounts, klik butang Transfers dan pilih Withdraw
- Pastikan anda telah mendaftar akaun bank Malaysia menggunakan nama penuh dan sepadan dengan akaun Moomoo
- Masukkan jumlah wang yang ingin dikeluarkan
- Proses pengeluaran ke akaun bank pelabur mengambil masa antara 1 – 3 hari bekerja
Kesimpulan
Secara tidak langsung, aplikasi Moomoo memberi peluang kepada pelabur meraih pendapatan tambahan di pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Namun, perlu diingat bahawa aplikasi ini bukanlah satu platform untuk menjadi kaya biarpun ianya dijamin selamat. Setiap pelabur perlu membuat penyelidikan sendiri sebagai langkah bijak dari tersilap langkah memilih saham yang tiada potensi positif.
